English | Bahasa Malaysia
Pengkalan Data Hak Orang Asal
Ini adalah inisiatif daripada Pusat Prihatin Orang Asli (COAC) dan RimbaWatch untuk memetakan dan memaparkan kes-kes penindasan hak Orang Asal di Malaysia. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang hak Orang Asal.
Peta interaktif ini menyokong komuniti Orang Asal dalam mendokumentasi dan berkongsi maklumat mengenai wilayah adat, hak tanah, dan keutamaan komuniti. Ia boleh digunakan untuk menyokong advokasi serta membuat keputusan di peringkat komuniti.
Cara Menggunakan Peta Interaktif (Langkah demi Langkah)
Step 1: Klik pada peta di atas untuk melihat lokasi yang tersedia.
Step 2: Klik pada titik merah untuk memilih sesuatu kampung.
Step 3: Kotak maklumat akan muncul dan memaparkan butiran seperti:
- Nama kampung
- Penerangan kampung
- Kumpulan etnik
- Status kes mahkamah (jika ada)
Step 4: Gunakan fungsi zoom masuk dan zoom keluar untuk melaraskan paparan peta.
Step 5: Buat masa ini, peta ini hanya memaparkan data untuk Malaysia.
Masyarakat Orang Asal
Hantar Data & Lapor Isu
Ahli komuniti dan wakil komuniti boleh menghantar data dan melaporkan isu di lapangan, termasuk sempadan adat, kawasan guna tanah, lokasi penting komuniti, konflik, ancaman, kes undang-undang, serta pembangunan yang menjejaskan wilayah Orang Asal.
Untuk Orang Awam
Peta interaktif ini menyediakan maklumat mengenai wilayah adat Orang Asal, isu hak tanah, serta pembangunan yang memberi kesan kepada komuniti Orang Asal. Ia dibangunkan untuk meningkatkan pemahaman orang ramai dan menyokong ketelusan yang lebih baik berkaitan hak Orang Asal dan tadbir urus tanah.
Orang awam boleh menggunakan peta ini untuk meneroka data yang tersedia dan mengetahui lebih lanjut, namun penghantaran data adalah terhad kepada wakil komuniti OA dan rakan kerjasama yang telah disahkan.
Cara Menghantar Data (Langkah demi Langkah)
Untuk menghantar maklumat atau laporan ke dalam Indigenous Rights Database, sila ikut langkah berikut:
Step 1: Buka borang Google. Klik butang “Hantar Data & Lapor Isu” atau klik pautan ini untuk akses borang: https://forms.gle/6jmsV24kXtphqrvh9
Step 2: Isi maklumat berdasarkan soalan yang terpapar dalam borang google.
Step 3: Muat naik dokumen atau gambar (jika ada). Anda boleh memuat naik gambar, dokumen sokongan, surat rasmi, laporan, atau bukti lain.
Step 4: Semak semula sebelum hantar. Pastikan maklumat yang diberi tepat dan lengkap.
Step 5: Klik “Submit / Hantar”. Selepas dihantar, pasukan kami akan menyemak maklumat sebelum dimasukkan ke dalam pangkalan data.
Nota: Semua penghantaran akan melalui proses semakan untuk memastikan ketepatan dan keselamatan maklumat.
